Kerjaya kelab Loïs Openda

Openda beraksi di peringkat belia untuk kelab Patro Othee FC dan RFC Liège sebelum beliau menyertai akademi Standard Liège.[2] Pada tahun 2015, beliau telah berpindah ke akademi Club Brugge. Pada 10 Ogos 2018, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior dalam aksi liga menentang Kortrijk selepas beliau menggantikan Jelle Vossen pada minit ke-80 perlawanan.[3]

Pada 21 Julai 2020, Openda menyertai kelab Belanda, Vitesse secara pinjaman selama satu musim penuh.[4][5] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab pada 3 Oktober ketika pasukannya mencatatkan kemenangan 3–0 ke atas Heracles Almelo.[6] Vitesse berjaya melangkah ke final Piala KNVB namun mereka kecundang 1-2 kepada Ajax, di mana Openda menjaringkan stu-satunya gol pasukannya dalam perlawanan itu.[7][8]

Rujukan

WikiPedia: Loïs Openda http://lionsdelatlas.ma/28184-le-jeune-brugeois-lo... https://www.belgianfootball.be/en/international/80... https://sporza.be/nl/2020/07/21/lois-openda-mag-ja... https://sporza.be/nl/2021/04/18/ajax-breidt-trofee... https://www.leopardleader.com/single-post-1/2018/0... https://int.soccerway.com/matches/2018/08/10/belgi... https://int.soccerway.com/players/lois-openda/4390... https://eredivisie.nl/en-us/nieuwsbericht/vitesse-... https://www.gelderlander.nl/vitesse/droom-vitesse-... https://www.gelderlander.nl/vitesse/lois-openda-va...